Khutbah Rasulullah Sebelum Meninggal, Tegas Haramkan Riba!

Khutbah Rasulullah Sebelum Meninggal, Tegas Haramkan Riba!

--

INFORADAR.ID - Praktik riba yang dilakukan hari ini, sudah ada ribuan tahun lalu saat zaman Jahiliyah, zaman Nabi Muhammad SAW

Tiga bulan sebelum meninggal pada 12 Rabi'ul Awal, tahun 11 Hijriah atau 8 Juni 632 Masehi, Nabi Muhammad melalui Khutbahnya yang menggetarkan hati, menegaskan kembali bahwa riba haram

Dikutip dari berbagai sumber, Nabi Muhammad mengawali Khutbahnya dengan meminta semua orang yang menghadiri Khutbanya di Lembah Urana, Gunung Arafah untuk mendengar perkataannya dengan teliti. Nabi juga meminta menyampaikan seluruh isi khutbahnya kepada yang tidak hadir. 

Lalu Nabi Muhammad mulai berbicara mengenai riba: 

"Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu, kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti siapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. 

"Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang" ucap Rasulullah.

Berikut isi lengkap Khutbah terakhir Nabi Muhammad: 

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. 

Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. 

Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah 

berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu. 

Kerjakanlah "ibadah Haji" sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh. 

Cek Berita dan Artikel yang lain di Google News

Sumber: