Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilallah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah Al Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dan dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.